• Home
  • About
  • Categories
    • Islamix
      • Jelaskan Salah Faham Mereka
      • Kucing Dan Islam
      • Satu Petang Di SushiKing
    • Isu Semasa
      • Refleksi Isu Kartika & Undang-Undang Islam Malaysia
      • Mengembalikan Kefahaman Mengenai Dajjal Kepada Alquran Dan Sunnah
    • Kerjaya
      • Pesan Nabi Kepada Para Doktor
    • Perubatan
      • Breastfeeding
      • Golongan Tenaga Perubatan
    • Sains
      • Monolog I
    • Study
      • Erti Kejayaan
    • Travelog
      • Bila Ilmu Islam Dipinggirkan
    • Web Technology
      • Firefox Addon? Apakah itu?
  • Privacy Policy
  • Terms and Conditions

Leokid

Pesan Nabi Kepada Para Doktor

Kerjaya - Thomas Myers - October 24, 2019

* Diolah dari kitab At-Tibbun Nabawi – Bab 47: Petunjuk Nabi Dalam Mengemukakan Saman Ke Atas Pengamal Perubatan Yang Tidak Professional karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah, melalui buku terjemahan Abu Mazaya Al-Hafiz semakan Ustazah Sabariah Bakri, “Rawatan Penyakit Dan Tips Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah s.a.w” terbitan Al-Hidayah cetakan 2008.

Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari hadith Amru bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

hadisdoktor.jpg

“Barangsiapa yang berusaha melakukan tugas perubatan, sedangkan sebelumnya ia belum mempelajari ilmu perubatan, maka ia bertanggungjawab terhadap sebarang (kesan) yang dihasilkannya. (Hadith ini dikeluarkan oleh al-Hakim)

Hadith ini berkaitan dengan tiga perkara, iaitu etymologi (bahasa), fiqh dan perubatan. InshaAllah dalam artikel ini, saya akan memetik penjelasan Ibnu Qayyim mengenai hadis ini berpandukan tiga perkara tersebut. Justeru artikel ini akan dibahagi kepada beberapa bahagian, dengan semuanya bersandarkan kepada hadis di atas. Semoga artikel ini membantu kita para pengamal perubatan dalam kerjaya kita sebagai orang Islam, inshaAllah.

Etymologi (Bahasa)

Persoalan bahasa di dalam hadis ini berputar sekitar perkataan “tibb” yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. Mengikut bahasa Arab, perkataan “tibb” (perubatan) memiliki beberapa erti.

Pertama – Perbaikan

Perbaikan, boleh dianalogikan misalnya saya melakukan “tibb” itu ertinya sebagai tindakan yang teliti dan taktik. Seperti dinyatakan oleh salah seorang ahli syair (disebut di dalam Zad al-Ma’ad m/s 108):

Kalau keadaan tamim berubah secara drastik, maka engkau tenaga perubatan (leokid- ditugaskan) untuk memperbaikainya dengan pendapat yang jitu…

Kedua – Kecerdasan

Al-Jauhari mengatakan, “Setiap orang cerdas adalah tabib, mengikut bahasa Arab”. Abu Ubaid menyatakan, “Asal erti perkataan tabib adalah kecerdasan terhadap sesuatu perkara atau kemahiran dalam melakukan sesuatu“.

Misalnya dikatakan, “Lelaki itu tabib atau memiliki tibb” bila ia cerdas atau mahir, meskipun tidak berkaitan dengan perubatan/pengubatan orang sakit.

Ada lagi yang berpendapat, “Tabib ertinya adalah lelaki cerdas. Disebut tabib kerana otaknya pintar dan cerdas.”.

Alqamah pernah mendendangkan syairnya:

Kalau kalian menanyakan diriku tentang wanita, maka aku ini adalah tabib yang ahli tentang penyakit wanita

Kalau kepala lelaki sudah beruban atau sudah berkurang hartanya, maka ia tidak akan mendapat peruntukan lagi dari cinta wanita

Ketiga – Kebiasaan

Misalnya, “Itu bukanlah tibb bagiku” ertinya, bukan kebiasaanku. Farwah bin Musaik menyatakan, “Kebiasaan (Tibb) kami bukanlah sebagai pengecut! Akan tetapi kebiasaan kami menghadapi kematian dan menguasai negeri orang lain..”

Ahmad bin al-Husain berkata – “Kesihatan bukanlah kebiasaan (tibb) ku di tengah mereka, hanya sahaja aku memang membenci orang yang jahil lagi cuai pula”

Keempat – Sihir

Erti lain daripada perkataan tibb adalah sihir. Bila dikatakan “Orang itu terkena tibb” bererti, terkena sihir.

Dalam as-Sahih disebutkan dari hadis Aisyah r.a diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah s.a.w terkena sihir dari kaum Yahudi, lalu datang dua malaikat dan duduk di sisi kepala baginda dan di sebelah kaki baginda. Salah satu malaikat itu bertanya “Bagaimana keadaan orang ini (Rasulullah)?” Malaikat yang satu lagi menjawab “Ia terkena tibb (sihir)“. Malaikat pertama bertanya lagi, “Siapa yang menyihirnya?”. Malaikat kedua menjawab, “Orang Yahudi”.

Abu Ubaid menyatakan, “Orang yang terkena sihir dikatakan ‘terkena tibb”, kerana perkataan tibb itu adalah bahasa kiasan dari sihir.”. Perkataan ini juga biasa digunakan sebagai kiasan (perumpamaan) bagi orang yang terkena gigitan binatang. Sebahagian orang mengatakan, tibb ertinya adalah salim (selamat), iaitu agar mereka optimis mendapat keselamatan.

Perkataan tibb kadangkala ertinya adalah ubat itu sendiri. Seperti dinyatakan oleh Ibn Abi Aslat, “Siapakah yang mahu menyampaikan beritaku kepada Hassan, apakah tibb (ubat) mu itu sihir atau kegilaan sahaja?”

Adapun kenyataan al-Himmasi, “Kalaulah aku terkena tibb, maka aku tetap begini sahaja. Dan bila aku tersihir (tibb) maka aku tidak akan sembuh.” Yang dimaksudkan dengan tibb yang pertama dalam kenyataan itu adalah terkena sihir, namun yang dimaksudkan dengan tibb yang kedua (tersihir) itu adalah terkena penyakit.

Itulah serba ringkas mengenai aspek bahasa berkaitan perkataan “tibb” yang digunakan oleh Rasulullah dalam hadis di atas. Ikuti bahagian kedua artikel ini, yang membincangkan mengenai aspek feqah berdasarkan hadis tersebut. Antara persoalan yang akan dibincangkan:

  • Siapakah itu yang dimaksudkan dengan tenaga perubatan?
  • Apakah 5 golongan tenaga perubatan sebagaimana yang dinyatakan Imam Ibnu Qayyim?
  • Apakah hukum sekiranya seorang pengamal perubatan cuai dalam melaksanakan tugasnya, hingga menyebabkan kecederaan/kematian?

Justeru nantikan kemunculan artikel kesinambungan dari artikel ini. Sekian, wassalam.

 0

Share This Post!

About Author / Thomas Myers

Next Post

Categories

  • About
  • Banking
  • Blog
  • Blogging
  • Categories
  • Environment
  • Health
  • Islamix
  • Isu Semasa
  • Kerjaya
  • Laboratories
  • Motherhood
  • Perubatan
  • Property
  • Safety
  • Sains
  • Study
  • technology
  • Travelog
  • Uncategorized
  • Web Technology

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • November 2019
  • October 2019

Recent Posts

  • Fresh Flower Bouquet: A Classic Gift with Timeless Appeal
  • HIFU Facial in Malaysia: Lift, Tighten, and Rejuvenate Naturally
  • Finding the Right Part Time Job Singapore
  • Gold Recovery Companies in Malaysia | Hydro Metal’s Solutions
  • Shah Alam: Your Gateway to Quality Living in Selangor

Tags

#business #empirecity #equipment #health #Malaysia #office #order #payment #steel #tableside backup Banking beam Books business company cookware malaysia Creditcard digital marketing agency digital marketing in Malaysia dildo housing internet broadband investment kiosk kitchen kitchenware malaysia lab Malaysia medical motherhood new mother pos system pregnant real estate restaurant secret cherry selangor SEO sex toy tech technology vibrator View more here Zero Leak Breast Pads Malaysia

Connect Us

May 2025
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Apr    

Categories

  • About
  • Banking
  • Blog
  • Blogging
  • Categories
  • Environment
  • Health
  • Islamix
  • Isu Semasa
  • Kerjaya
  • Laboratories
  • Motherhood
  • Perubatan
  • Property
  • Safety
  • Sains
  • Study
  • technology
  • Travelog
  • Uncategorized
  • Web Technology

Recent Posts

  • Fresh Flower Bouquet: A Classic Gift with Timeless Appeal
  • HIFU Facial in Malaysia: Lift, Tighten, and Rejuvenate Naturally
  • Finding the Right Part Time Job Singapore
  • Gold Recovery Companies in Malaysia | Hydro Metal’s Solutions
  • Shah Alam: Your Gateway to Quality Living in Selangor

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • November 2019
  • October 2019

Leo Kid 2019, All rights reserved

Privacy Policy - Terms and Conditions