Bila Ilmu Islam Dipinggirkan
SCENE SATU
“Kid, kid. Tuh…tgk tu..”Shanjif, rakanku beragama Hindu menjuihkan bibirnya, menunjuk ke arah satu pemandangan. Di hadapan garderob (tempat menyimpan kot) berhimpun ramai pelajar2 tahun kedua, menyimpan baju sejuk masing2 untuk menuju ke kuliah histology tengahari itu.
“Ape, ape?”
“Itu..”
Mataku tertumpu pada satu sudut. Kelihatan sepasang biawak rakanku yg kedua2nya beragama Islam, lelaki dan perempuan. Si perempuan manis molek bertudung. Si lelaki biasa2 saja. Yg anehnya – keduanya berpegangan tangan. Bukan main manja lagi. Aku menahan diriku dari termuntah sekejap.
“Shanjif, apa yg kau tengok itu tak betul. Bukan itu yang Islam ajar..”
“Aku pelik la kid, pakai tudung tapi boleh ke pegang2 macam tu?”
“Heheh.. Itu la manusia Shanjif. Dah2, malu aku ko sound direct macam tu. Walau apa pun kau kena faham, Islam sama sekali tak ajar macam tu. Apa pun yg orang Islam buat, itu atas sebab diri sendiri. Islam itu sempurna, tetapi penganutnya tidak semestinya sempurna..”
“Takpe2, kid. Aku faham. Heheh.”
SCENE DUA
“Oh, you’re a Muslim? But why don’t you wear scarf?”
Soal Dmitrii Izutkin, guru philosophy merangkap seorang atheis yg cukup terkenal dengan sikap provokasinya terhadap sesetengah agama, especially Islam. Masih segar di ingatanku sewaktu kami berdebat dengannya mengenai persoalan arak. Sungguhpun begitu, dia pandai mengawal perbincangan agar tidak keterlaluan.
Kawanku F, mmg seorg wanita Muslim tak bertudung. Masa first time aku jumpa dia pun, aku ingat dia Chinese. Rupanya Muslim totok.
“Oh…sir. Actually Islam nowadays is open minded. We’re not obliged to rules and prohibitions anymore.”
Astaghfirullah..Hati aku mengucap panjang. Izutkin meneruskan persoalan
“But I see there’s still a lot of Muslim women wearing scarf. Your friend here, J, also wearing a scarf.”
“It’s up to the individual, sir”. Lagi jawapan jahil diluahkan.
Kalau nk diikutkn hati aku, mau aja aku menerjah masuk dalam perbincangan itu, menerangkan mana yg haq mana yg batil. Tetapi memikirkan tindakan aku itu mampu menjatuhkan maruah kawan aku itu, sekaligus menjatuhkan maruah umat Islam itu sendiri, lebih2 lagi di hadapan belasan biji mata non-muslim dalam bilik kelas tersebut, aku membantutkan hasratku. Dalam hatiku berazam untuk menjelaskn hal yg sebenarnya kepada guruku itu suatu masa nanti.
SCENE TIGA
“Eyh, N. Nice earring you have there”
N, seorang lagi rakanku kat bumi Nizhny Novgorod(Russia) ni. N seorang pemuda yg baik. Selalu juga turun solat berjemaah. Justeru aku sedikit terkejut dengan penampilan N hari itu – mengenakan anting-anting. Sebelah telinga sahaja pulak tu.
“Haha, thanks. I just put it yesterday”
“But can u Muslim wears earrings?” Shanjif bertanya lagi. Dia mmg berminat bab2 Islam ini. Syukur dia diperkenalkan dgn aku, setidak-tidaknya aku boleh membantunya ke arah jalan yg betul dalam memenuhi minatnya itu.
“Don’t worry, this earring doesnt contains gold. We Muslim men cannot wear gold.”
Melihatkan satu peluang yg menarik – untuk membetulkn pemahaman rakan Muslimku itu, sekaligus menjelaskn kepada rakanku Shanjif.
“No, N. You’re confused. The prohibition of wearing earrings is not because its material, but it is because of the prohibition for men to wear what is made for women.”
“Hu? I don’t understand” N jujur bertanya.
“Wearing earrings for Muslim men is prohibited. It is prohibited because earrings are made for women, as accessories for women. The Prophet cursed upon Muslim men who wears to resemble women. It means, it doesnt matter whether the earring is made from pure gold, silver or even ordinary metal, it is still prohibited to Muslim Men.”
“Ooo…” panjang punya ooo dari kedua-dua mereka. Alhamdulillah, mereka faham agaknya. Selang 2,3 hari kemudian, aku tidak lagi nampak N dengan earringnya. Syukur alhamdulillah.
Tiga ni antara beberapa pengalaman yang aku jumpa kat Nizhny Novgorod sepanjang 2 tahun aku kat sini. Apabila seorang Islam mula berhujah dengan berlandaskan akal semata-mata, betapa besarnya pengaruh yang boleh ia bawa kepada non-muslim. Ini satu penyelewengan yang serius!
ILMU AGAMA VS ILMU SAINS
Kita semua ada belajar dulu, menuntut ilmu agama itu fardu ain bagi setiap individu Muslim. Belajar ilmu sains dan lain2 pula merupakan tuntutan fardu kifayah ke atas umat Islam keseluruhannya.
Satu persoalan yang sering aku terfikir dari dulu – kenapa sejak kecil, kita telah diasuh dengan ilmu sains bertubi-tubi, sehingga ilmu agama itu diletakkan di tempat kedua? Cuba kita bandingkan waktu sekolah menengah dulu-dulu. Ilmu sains/bukan agama – Fizik, Biologi, Kimia, Bahasa Inggeris, Akaun, Seni etc. Ilmu agama – Pendidikan Islam. Bahasa Arab mungkin. Bagi yang bersekolah di sekolah agama, mungkin ada tambahan – Alquran dan Sunnah, Tasawwuf etc.
Sedangkan yang lebih dituntut untuk belajar adalah ilmu agama – fardu ain!
Dan aku bandingkan dengan keadaanku kat Nizhny Novgorod. 7 subjek. 7 subjek berkaitan perubatan & russia, takda satu pun berkaitan agama. MasyaAllah, habis tu selama ni pelajar-pelajar perubatan kat sini 6 tahun tak ada pengisian agamakah? Tidak melaksanakan fardu ain? Kalau ada, atas inisiatif sendiri @ organisasi, syukur alhamdulillah!
Teringatkan kat rakan-rakan lain di pelbagai tempat. Di Malaysia, di UK, di Ireland, di France. Mungkinkah mereka juga menghadapi keadaan yang serupa denganku? Selepas sahaja tamat secondary education, maksudnya pengajian agama yang di’imburse’ dalam silibus turut secara rasminya tamat! Pendek kata, selepas sekolah menengah, pengisian fardu ain tertakluk kepada individu. Tiada lagi ustaz/ustazah yang akan menunggu kita di kelas, sebaliknya terletak pada tapak kaki kita untuk melangkah menuntut ilmu dari mereka.
Menurut hipotesis aku, mungkin inilah puncanya yang menyumbang kepada kejahilan rakan-rakan seIslamku macam yg aku ceritakan di atas. Apabila ilmu Islam tidak lagi dibajai dan disirami dalam diri masing-masing, ia semakin lama dihakis dan akhirnya mati. Ilmu sains itu lebih diagung-agungkan. Buktinya, aku selalu bertanya (menduga) rakan-rakan seIslamku:
“Kenapa kita orang Islam haram makan babi?”
Dan rata-rata secara spontan ramai menjawab:
“Kerana babi itu pengotor. Ada banyak cacing dan parasit berbahaya, contohnya taenia solium. Japanese Encephalitis. Boleh bawak maut.”
Ini semua jawapan saintifik. Bukti masyarakat kita sejak kecil sudah sebati dengan ilmu sains, melebihi ilmu agama itu sendiri.
Sedangkan jawapan yang lebih tepat:
“Orang Islam haram makan babi kerana itu adalah perintah Allah melalui firmannya;
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik….”~Surah Al-Maidah,ayat 3~
Apa jua sebab saintifik yang boleh difikirkan, itu adalah dalil aqli. Itu adalah hikmahnya. Sedangkan babi itu diharamkan kerana itu adalah perintah Allah. Dan selaku umat Islam, wajib bagi kita menuruti perintahNya tanpa sebarang kompromi.
Justeru atas kesedaran inilah saya sering berusaha mencari jalan untuk terus belajar ilmu agama. Di persekitaran yang tak ada ustaz, tak ada kuliah agama, maka agak terhad sumber saya. Yang ada hanyalah rakan-rakan senior yang lebih alim (berilmu). Buku-buku yang dibawa dari Malaysia. Ilmu dari internet banyak membantu. Sebarang kemusykilan, saya akan menghubungi ustaz-ustaz ataupun rakan-rakan yang lebih alim melalui Yahoo Messenger ataupun Skype. Itulah cara saya mengimbangi ilmu sains dan ilmu agama dalam diri saya.
Setiap hari, cuba muhasabah diri kita. Setiap hari kita bertambah dengan ilmu sains. Kalau semalam kita tak tahu pasal neuromuscular junction, hari ini kita sudah boleh explain smpai ke inhibitory actions of neuron. Kalau semalam kita tak tahu pasal development of heart, hari ini kita boleh terangkan smpai congenital disease of heart.
Tetapi adakah peningkatan dalam ilmu agama kita? Fikir-fikirkan.
Artikel tulisan saya ini pernah diterbitkan di ILuvIslam.com 2 tahun lalu.