Firefox Addon? Apakah itu?
Assalamualaikum, dan selamat berkunjung ke Leokid.my!
Bila diperkatakan apa browser web terbaik, pasti ada perdebatan yang hangat! Ada yang kata Safari terbaik sebab paling laju, Chrome terbaik sebab paling lawa, Internet Explorer terbaik sebab…errr…entah. Hehe. Namun, mengikut survey yang web Lifehacker jalankan pada Mac lalu, tentulah, Firefox adalah browser kegemaran ramai!
Antara sebab kenapa ramai suka guna Firefox, tentulah kerana extensibility dan flexibility yang ada melalui fungsi “addon”. Apa dia addon ni? Addon adalah extension @ component tambahan bagi Firefox, yang membolehkan Firefox melakukan apa sahaja. Ya, virtually almost any/everything! Yang menariknya juga, disebabkan Firefox adalah open-source, addon juga open source, maka boleh dikatakan imagination is the only limitation. Setiap masa, ada orang di seluruh dunia yang memikirkan – “Hmm..apa lagi ek yang boleh dibuat menggunakan firefox?”, dan selagi itulah kreativiti bercambah dan Firefox menjadi semakin dan semakin “perfect”.
Berbalik kepada addon. Saya pernah ditanya, “Apa contoh addon yang best kat firefox?”.
Add Ons di Firefox? Ada banyak sangat, terpulanglah pada apa yg anda inginkan. Boleh dikatakan semua ada. Hehe.
Biasanya, tempat yg paling mudah untuk dapatkan addon yg diperlukan (repository) adalah di https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/
Di sini, Mozilla mengkelaskan addon (bezakan dengan plugins ye) kepada beberapa jenis. Ini sekadar pembahagian mengikut fungsi je, takde membawa makna ape2 pun
Alerts & Updates – Addon yg memberikan alert/update kepada kita mengenai sesuatu yg terkini. Contohnya, addon “PrayTimes” memberikan kita jadual waktu solat yg mana bila masuk waktu solat, automatik addon ini akan play azan. Tak perlu software2 lain dah. Contoh addon2 lain seperti ForecastFox (cuaca), Webmail Notifier (bagitahu kalau2 ada email baru masuk ke inbox anda, x perlu bukak email secara manual lagi) dll.
Appearance – Ini pula jenis addon yg mengubahsuai penampilan Firefox anda. Addon seperti ColourfulTabs boleh mewarnakan setiap tabs anda untuk anda mudah kenalpasti, Cooliris boleh buatkan semua gambar dalam sesebuah website jadi photo slideshow (cool giler, esp kalau guna kat frenster @ facebook!), Personas untuk tukar skin/colour Firefox.
Bookmarks – Ini pula addon berkaitan dengan bookmark anda, sama ada bookmark offline di Firefox anda, ataupun webbookmark online @ sharing seperti Digg, StumbleUpon, Twitter etc.. Contoh2 termasuklah addon FastDial (yg letak bookmark speed dial ala2 opera punya), AddThis dll.
Download Management – Bagi saya, antara addon yg terpenting (especially jika anda suka download2). Addon seperti DownThemAll cukup untuk menjadi download manager/accelerator anda. Video DownloadHelper pula membolehkan anda download dari YouTube!
Feeds, News & Blogging – Err..yg jenis ni, mungkin bagi sesetengah orang, kurang digunakan. Ini disebabkan tak ramai lagi antara kita yg terdedah dengan teknologi RSS, Newsfeed nih. Antara yg famous pun, setahu saya ScribeFire jelah, terutamanya untuk yg slalu blogging (saya x pernah guna lak pun. huhu)
Language Support – Ini pula addon yg berkaitan dengan bahasa. Antara kegunaannya seperti untuk translate perkataan @ ayat dari satu bahasa ke bahasa yg lain (ImTranslator). Yg lain2 saya x pasti, x pernah / jarang guna. Huhu.
Photos, Music & Videos – Addons yang berkaitan dengan multimedia. Antaranya termasuklah seperti untuk download di Youtube mcm kat atas tadi. Contoh lain seperti FoxyTunes, yang mana ia provide link dengan default media player di komputer anda (Winamp, contohnya). So, anda boleh control Winamp anda dari Firefox
Plugins – Plugins…bagi saya seolah2 mcm essential components lah. Seperti Flash, Java, Quicktime, Realplayer. Kalau nk play/access media2 berkaitan tersebut di Firefox, kena lah install plugins dia terlebih dahulu.
Privacy & Security – Antara jenis yg terpenting jugak lah. Addon WOT (Web of Trust), contohnya. Apabila kita melawat sesuatu website, WOT akan notify kita status web tersebut, sama ada berbahaya (phishing ke, script ke), atau selamat. Addon seperti NoScript pula adalah ultimate script blocker, manakala addon seperti AdBlock membolehkan anda disable iklan2 (google, contohnya) yg menyerabutkan. Hehe.
Social & Communication – Ini pula kategori addons yg berkaitan dengan website social/communication @ blog. Contohnya, addon TwitterBar membolehkan anda update twitter anda melalui address bar kat atas tu je. Zemanta pula berguna esp kalau anda guna blog WordPress. Secara umumnya, banyak yg lebih kurang sama je ngan kategori bookmarks dan feed/news/blogging tu.
Tabs – Addons jenis ini untuk anda customize tabs anda. TabMixPlus membolehkan anda buat macam2 dengan tabs – untuk auto-reload ke, mouse gesture ke, save session etc etc. Easy DragNGo memudahkan anda bukak mana2 link atau untuk anda search. Contohnya, saya jumpa satu perkataan kat satu artikel yg saya x faham, saya just highlight then drag je kat mane2, Firefox akan bukak satu tab baru meng-google-kan perkataan tersebut.
Toolbars – Erm toolbar, addon jenis ini menambah satu lagi toolbar kat Firefox anda. Contohnya, Google Toolbar. Addon jenis ini juga ada yg berfungsi untuk anda customize toolbar sedia ada. AIO-Sidebar, contohnya, menyusun semula toolbar2 anda (toolbar addon, download, bookmark, etc) ke satu sidebar yg integrated.
Web Development – Addons jenis ini penting untuk web developer. Contohnya, FireBug boleh view script2 dan code2 yg dilaksanakan oleh sesebuah website, so developer boleh analisa & detect kalau2 ada error kat mana2. Library Detector pula membolehkan developer detect, website tersebut guna javascript library jenis apa (jQuery, Scriptaculous, MooTools etc)
Other – err..yg lain2 lah. Hehe.
Namun, addon ni tak selalunya berguna @ bagus. Kadang2, banyak masalah yang boleh timbul dari penggunaan addon. Antaranya termasuklah Firefox menjadi slow/berat, takleh start langsung, kacau bilau etc. Kalau bagi pengguna yang dah biasa guna addon, boleh faham lah kot. Namun bagi pengguna baru, beberapa langkah berwaspada boleh diambil.
Panduan Pengguna Baru untuk Addons Firefox
– Guna addons yg anda betul2 perlukan sahaja. Ini kerana addons guna resource yg lebih, so lagi banyak addon lagi slow/berat Firefox anda nanti. Saya sendiri guna tidak lebih dari 10 addon, itu pun kalau nak diikutkan dah banyak dah T_T
– Atas sebab itu juga, elakkan guna 2 addons yg boleh buat benda yg sama. Kalau ada satu addon boleh buat 2 fungsi, lebih baik gunakan satu addon tersebut daripada 2 addon berbeza.
– Atas sebab itu jugalah, kalau fungsi yg anda nak tersebut boleh dicapai tanpa menggunakan addon, sebaiknya guna cara alternatif itu dahulu. Contohnya seperti Bookmarklet, Greasemonkey Script.
– Ada banyak sangat addon Firefox yang mempunyai fungsi yang sama. Justeru, anda dinasihatkan baca terlebih dahulu sebelum download, terutamanya baca respons user2 lain sama ada working atau tidak.
– Jangan lupa disable dan/atau uninstall sesuatu addon yg anda tidak lagi ingin gunakan. Ini untuk mengelakkan ianya conflict dengan addon2 lain.
– Juga pastikan addon anda adalah addon yg active (sentiasa ada update, bukan addon yg telah lama abandon @ ditinggalkan). Ini kerana Firefox adalah browser yg sentiasa berkembang, sentiasa bertambah maju. So kalau addon x update, ia mungkin menjadi tidak compatible yg boleh menyebabkan masalah.
Itu je serba sedikit panduan mengenai addons di Firefox! Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan2 yang lain melalui link di bawah! Thanks for reading!