Post archive for ‘Islamix’
Jelaskan Salah Faham Mereka!
Sebuah Kisah Dari Seberang
Beberapa hari lepas, seorang user ILuvIslam meluahkan pengalaman/permasalahannya di salah sebuah thread di sana. User tersebut, twee_cute, merupakan seorang pekerja di luar negara. Justeru, beliau banyak menghabiskan masa dalam persekitaran yang majmuk, bercampur dengan pekerja lain berbangsa Cina, berbangsa India, termasuklah rakyat tempatan.
Diceritakan bahawa pada suatu hari, sedang beliau bersama seorang rakan [...]
Mengembalikan Kefahaman Mengenai Dajjal Kepada Alquran Dan Sunnah
Sejak akhir-akhir ini, saya sering menjumpai orang memperkatakan di sana sini mengenai Dajjal. Titik tolaknya adalah dari tersebarnya pelbagai jenis artikel-artikel teori konspirasi di sana sini, yang mengaitkan kewujudan pertubuhan-pertubuhan tertentu dengan dajjal, salah satu tanda kiamat.
Saya secara peribadi pada mulanya agak sangsi. Pertama, kerana perkara berkaitan teori-teori konspirasi ini adalah sesuatu yang masih kabur, [...]
Monolog I
Lama benar saya tidak meng-update blog ini. Tahun ini benar-benar menghimpit, sama ada secara fizikal dan masa, mahupun secara batiniyyah dan emosi. Huhu.
Banyak gak benda jadi sepanjang tahun ini. Tapi tak apalah, tunggulah hujung tahun ini saya akan buat recap dan muhasabah, sebagaimana yang biasa saya buat tahun-tahun sebelumnya.
Pun begitu, sepanjang peninggalan saya terhadap blogging [...]
Refleksi Isu Kartika & Undang-Undang Islam Malaysia
Mengulas mengenai isu yang hangat di Malaysia ketika ini. Ketahui status perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Bezakan antara sebatan sivil dan sebatan cara Islam. Melihat undang-undang Islam dan hudud dari perspektif lain.
[Kedua] Pesan Nabi Kepada Para Doktor – Golongan Tenaga Perubatan
Alhamdulillah, saya diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk menyambung siri kedua dalam bahagian “Pesan Nabi Kepada Para Doktor ini. Seperti dalam post sebelum ini, artikel ini dipetik dari:
* Diolah dari kitab At-Tibbun Nabawi – Bab 47: Petunjuk Nabi Dalam Mengemukakan Saman Ke Atas Pengamal Perubatan Yang Tidak Professional karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah, melalui [...]
Satu Petang Di SushiKing
Hari ini tiba-tiba saya rasa bersemangat pula untuk menjamu selera di restoran makanan Jepun terkemuka Malaysia, SushiKing. Tambahan pula, secara kebetulan memang kebiasaan saya menyambut hari-hari istimewa secara bersendirian, maka lantas saya membonceng motor ke SushiKing yang terdekat di rumah saya.
Makanan Jepun memang menjadi kesukaan saya. Setelah jemu lidah dan tekak dibasahi makanan [...]
Pesan Nabi Kepada Para Doktor
* Diolah dari kitab At-Tibbun Nabawi – Bab 47: Petunjuk Nabi Dalam Mengemukakan Saman Ke Atas Pengamal Perubatan Yang Tidak Professional karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah, melalui buku terjemahan Abu Mazaya Al-Hafiz semakan Ustazah Sabariah Bakri, “Rawatan Penyakit Dan Tips Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah s.a.w” terbitan Al-Hidayah cetakan 2008. Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari hadith Amru bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang berusaha melakukan tugas perubatan, sedangkan sebelumnya ia belum mempelajari ilmu perubatan, maka ia bertanggungjawab terhadap sebarang (kesan) yang dihasilkannya.
Doa Rasulullah Merawat Jerawat
Ibn As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w yang menceritakan,
“Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata, “Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa:
“Allahumma musa-ghiral kabiir wa mukabbiras saghiir, sa-gghir maabi”
Ertinya: Allah Yang Mengecilkan Yang Besar [...]
Kucing Dan Islam
Sudah lama saya tak bercerita mengenai sains. Kali ini mari saya berkongsi satu fakta menarik mengenai kucing!
Saya memang seorang penggemar kucing. Dari zaman kanak-kanak lagi, pasti tidak dapat beralah dari kucing! Apakan daya, gaya hidup seperti keluarga nomad dahulu tidak mengizinkan saya untuk memelihara kucing.Di sini juga, ramai sahabat-sahabat yang memelihara kucing. Saya juga ingin, [...]
Bila Ilmu Islam Dipinggirkan
SCENE SATU
“Kid, kid. Tuh…tgk tu..”
Shanjif, rakanku beragama Hindu menjuihkan bibirnya, menunjuk ke arah satu pemandangan. Di hadapan garderob (tempat menyimpan kot) berhimpun ramai pelajar2 tahun kedua, menyimpan baju sejuk masing2 untuk menuju ke kuliah histology tengahari itu.
“Ape, ape?”
“Itu..”
Mataku tertumpu pada satu sudut. Kelihatan sepasang biawak rakanku yg kedua2nya beragama Islam, lelaki [...]