Leokid.my

Rejuvenation

Satu Petang Di SushiKing

DSC00341.JPG

Hari ini tiba-tiba saya rasa bersemangat pula untuk menjamu selera di restoran makanan Jepun terkemuka Malaysia, SushiKing. Tambahan pula, secara kebetulan memang kebiasaan saya menyambut hari-hari istimewa secara bersendirian, maka lantas saya membonceng motor ke SushiKing yang terdekat di rumah saya.

Makanan Jepun memang menjadi kesukaan saya. Setelah jemu lidah dan tekak dibasahi makanan Malaysia yang pelbagai, masakan Melayu yang bersantan, masakan mamak yang berempah, maka makanan Jepun merupakan pilihan yang terbaik untuk “mencuci tekak”. Ini kerana makanan Jepun tidak terlalu sarat dengan rasa, malah mempunyai rasa “umami” yang kaya, yang sukar dijumpai dalam masakan-masakan lain.

Maka saya pun berkunjung lah ke SushiKing ini. Sebaik sahaja melangkah masuk, saya disapa dari jauh dengan “Irashaimasu!” (Selamat Datang) oleh salah seorang pekerjanya, seorang gadis Melayu bertudung. Melihat saya datang bersendirian, saya lantas dipersilakan duduk di satu sudut.

Layout yang tipikal bagi sebuah restoran Jepun, tentulah sekali dengan adanya deretan sushi-sushi yang bergerak di atas conveyor di tengah-tengah restoran. Ini memudahkan para pelanggan memilih sushi kegemaran. Setiap sushi pula diletakkan di atas piring berwarna, menandakan harganya. Biru untuk RM2, ungu untuk RM6 dan lain-lain.

Saya melihat sekali imbas suasana di dalam restoran ini. Rata-rata pekerjanya Melayu. Baik tukang chef di tengah yang sibuk mengepal-ngepal sushi, hinggalah ke pekerja biasa yang mengemaskan piring pinggan pelanggan. Pengunjung yang ada pula, rata-ratanya berbangsa Cina. Malah, saya rasa saya seorang sahaja pelanggan Melayu pada ketika itu. -_-”

Gadis bertudung tadi datang menghampiri, ingin meminta pesanan.

“Encik nak minum apa?”

“Bagi saya Green Tea panas satu.”

“Makan, encik? Sekarang kita ada promotion, Unagi Time.”

“Unagi? Tapi dalam unagi ada mirin*, kan?”

“Err..ye kot. Unagi kat sini dah di-pack dan di-import. Ramai je Melayu yang makan.”

“Cik, maka jadi tanggungjawab cik lah untuk bagitau pelanggan-pelanggan Melayu tu, yang kita orang melayu tak boleh makan unagi kat sini sebab dah bercampur mirin.”

Dia terdiam. Saya menyambung pesanan.

“Em, bagi saya set meal Sakana Black Pepper lah.” Setelah itu lantas dia berlalu pergi,

Beberapa minit kemudian, set makanan saya tiba. Simple sahaja, seekor ikan dory digoreng bersama sos lada hitam, bersama-sama sayur kobis/karot goreng dan nasi semangkuk. Simple namun menyelerakan, ditambah pula dengan makanan Jepun kesukaan saya, Miso Shiro. Selesai makan, saya lantas membuka Macbook lalu menaip post ini. =)

Teringat saya akan sebuah perbincangan di laman ILuvIslam yang saya sertai suatu ketika dahulu. Ketika itu, membincangkan mengenai status kehalalan di SushiKing. Ramai yang berpendapat secara umum, SushiKing adalah halal kerana makanannya berasaskan hidupan lautan.

Sushi pula, biasanya terdiri daripada 3 bahagian. Nasinya, iaitu daripada beras pulut yang melekit, serta filling yang biasanya ikan. Kedua-duanya diikat oleh nori, iaitu sejenis rumpai laut.

Namun ramai di antara kita yang tidak menyedari, akan kewujudan satu lagi bahan terkenal dalam masakan jepun, iaitu “Sake”. Sake adalah sejenis arak yang diperbuat daripada beras. Mirin, merupakan antara jenis-jenis sake yang biasa digunakan dalam pembuatan sushi.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas status penggunaan arak atau alkohol dalam masakan, kerana saya bukanlah ahli dalam bab-bab tersebut. Terdapat pelbagai perbahasan ulama mengenai isu ini, ada yang mengatakan harus kerana bahan tersebut telah ter-istihala (berubah sifat), dan ada juga yang mengatakan kekal haram kerana arak, biarpun hanya setitik, tetap haram.

Sebuah email yang dipostkan dalam perbincangan tersebut, menarik perhatian saya. Secara umumnya, email tersebut merupakan balasan dari SushiKing kepada sebuah email yang dihantar oleh pelanggan yang prihatin akan status kehalalannya. Ini jawaban dari SushiKing:

From: Marilyn <marketing1@sushi-king.com>
Subject: Re: Sushi King Online Feedback/Enquiries
To: XXXXXX @ yahoo.com
Cc: “Ms Law” <hclaw@sushi-king.com>, “Ms SK Tan” <sktan@sushi-king.com>, “Susan Yee” <susanyee@sushi-king.com>, “Yvonne Tan” <yvonnetan@sushi-king.com>, “Masahiro Watsuji” <hqopr1@sushi-king.com>
Date: Wednesday, January 7, 2009, 2:34 AM

Hi Aveleena,

Thank you for your email. For your information, we do not have certification from JAKIM for being HALAL so we only can claim us as Pork free.

All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.

Only a few of our food contains ‘Mirin’ that is our Ikura, Mamakari, Unagi, Karei Nitsuke Set, and Saba Misoni Set.

May you have a great day ahead!

Warmest regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext: 283

Saya memberikan kebebasan kepada para pembaca, untuk menilai sama ada ingin mempercayai email tersebut atau tidak. Secara peribadi, saya mengambil pendirian mengelakkan makanan-makanan yang dinyatakan tersebut. InshaAllah, seperti kata Rasulullah dalam hadis keenam dari hadis arbain himpunan An-Nawawi, barangsiapa yang menjaga dari yang syubhah, sesungguhnya dia telah menjaga dirinya dan agamanya. Begitu juga kepada yang berpendirian untuk mengelakkan dari berkunjung ke restoran sebegini secara terus.

Alhamdulillah, sudah kenyang~

Kongsikan manfaatnya! :

  • Print
  • PDF
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS

Tagged as , , , , , , , + Categorized as Blog, Islamix, Blog, Travelog

6 Comments

  1. err… kalau sushi kat tesco pulak?~ huhuhu

    [Reply]

  2. Unagi tu yang belut bersos kicap tu ke? Saya ni memang sangat jarang makan sushi tapi tiap2 kali beli mesti yang belut sos kicap tu.. Kalau lah betul…ya Allah…aku dah termakan makanan yang syubhah…!!! Someone PLEASE correct me if i’m wrong…

    Erm, setahu saya yang itu lah. Huhu. Tak apa, tiada hukum bagi yang tidak mengetahui. Cumanya since skrg dah tahu, boleh lah elakkan, inshaAllah. Saya time makan kat situ pun, x makan belut unagi tuh. =)

    [Reply]

  3. Betul ke dekat Sushi King ni pun diorang dah campur benda tak halal. Macam mana kita nak tentukan halal ke tak dah macam tu. Tak sangka. Selalu main bedal je makan apa2 haha.

    [Reply]

  4. Salam’alaikum..
    Maaf, tetiba tergerak hati untuk beri komen. Ya betul, kita seharusnya mengelakkan perkara yang syubhah terutama dalam makanan kerana ianya akan tumbuh menjadi darah daging kita. Namun, di restoran yang mana hidangan yang dijual mengandungi perkara yang haram walaupun sesetengah masakan adalah halal menjadi isu yang pernah dibincangkan. Hal ini adalah berkenaan pinggan mangkuk yang telah digunakan bercampur dengan makanan yang tidak halal, dan digunakan pula untuk makanan yang lain. Walaupun pinggan tersebut dibasuh, namun sejauh mana dari sudut kebersihannya? Percaya atau tidak, di Malaysia sendiri, 70% daripada produk makanan adalah syubhah. Bagaimana pula syubhah? Iaitu daripada asasnya. Sebagai contoh, pernah terjadi satu kes di Selangor, ikan Keli yang dibela diberi makan kepala khinzir. Dan lagi, kilang mi kuning bersebelahan dengan ladang ternakan khinzir. Selak kembali kisah Imam mazhab yang suatu ketika hilang daya hafalannya pada suatu hari. Lalu setelah mencari punca, rupa-rupanya datang daripada susu yang diminum. Susu pula datang daripada haiwan ternakan yang telah memakan rumput daripada kawasan rumput yang diragut tanpa izin pemilik kawasan tersebut.
    Malaysia adalah sebuah negara Islam, namun hal sebegini masih menjadi keraguan. Seorang sahabat saya, seorang hafizah Quran cukup mengambil berat akan soal begini. Daripada soal makanan sehinggalah produk kebersihan diri adalah yang diyakini halal. Mungkin berkat dalam mencari yang halal ini, lidahya cukup lancar melantunkan kalimah suci Al-Quran apatah lagi petahnya dengan pelbagai hujah dalam berdakwah. Dia selalu berpesan kepada kami bahawa sekat dulu kemahuan nafsu di dunia, kerana nun di akhirat sana janji Allah ialah syurga yang terletak segala apa yang diinginkan di dunia.
    Maaf, macam dah buat artikel lain la pulak. =)

    [Reply]

  5. saye suker giler makan sushi especially sushi russia ni ha…klo kat mesia pon die dah cam halal ke tidak,apatah lagi kat sini..alamakk…patotla sedap semacam sushi ni…kecewe…

    [Reply]

  6. salam..prnh skali, thun lps ami gi mkn kt sushi king ngan kwn2..ami x order sushi pun, tp mkn soba ngan takoyaki je..bile blik umah, ayah tnye mkn kt mne, ami jwb la mkn kt sushi king..then, ayah kate jgn mkn kt sushi king @ any sushi sbb x halal..so right now, i’m confused right now whether sushi is halal to eat or not..plus, do soba and takoyaki contain alcohol as well? if do, may Allah forgive me for what I have eaten..
    for the time being, i don’t eat sushi anymore..

    [Reply]

Leave a Reply