Leokid.my

Rejuvenation

Doa Rasulullah Merawat Jerawat

Ibn As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w yang menceritakan,

“Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata, “Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa:

doajerawat.jpg

“Allahumma musa-ghiral kabiir wa mukabbiras saghiir, sa-gghir maabi”

Ertinya: Allah Yang Mengecilkan Yang Besar dan Yang Membesarkan Yang Kecil, kecilkanlah jerawatku ini

Dikeluarkan oleh al-Hakim dan beliau berkata “Sanadnya sahih namun ia tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan dikuatkan oleh az-Zahabi

Zarirah sendiri sebenarnya adalah ubat India (berbentuk wangian) dibuat dari sari batang pokok zarirah. Sifatnya panas dan kering, berguna bagi mengatasi radang perut, lever dan kekurangan cecair tubuh bahkan juga dapat menguatkan jantung.

Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa dia menceritakan,

“Aku menyapu minyak wangi kepada Rasulullah, sementara aku memegang minyak wangi zarirah, iaitu pada Hajjatul Wada’ untuk melakukan tahallul dan ihram”

Jerawat atau dalam bahasa Arabnya batsrah adalah sejenis benjolan kecil terdiri daripada zat panas dan tumbuh secara semulajadi atau alamiah. Biasanya menghinggapi suatu bahagian tubuh, ia perlu ditunggu agar agak matang, baru dipecahkan untuk dikeluarkan isinya. Zarirah pula mengandungi khasiat untuk melakukan proses itu. Ia dapat mematangkan dan mengeluarkan isi jerawat, selain juga memberikan bau wangi. Ubat ini dapat mendinginkan panas jerawat. Oleh sebab itu penulis al-Qanun (Zad al-Ma’ad ms 100) ada menyatakan,

“Tidak ada ubat yang saya rasa lebih baik untuk meredam panas daripada zarirah yang dicampur dengan air mawar dan cuka”

Artikel di atas dipetik daripada At-Tibbun Nabawi karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah (Terjemahan Abu Mazaya Al Hafiz “Rawatan Penyakit Dan Tips Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah s.a.w” terbitan Al-Hidayah)

Minyak Zarirah

Menurut perubatan Ayurveda India, terdapat satu sahaja herba ayurveda berkaitan zarirah iaitu Qasabuz-zarirah. Juga dikenali sebagai Chirayata, zarirah dikatakan mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan mahupun dalam bidang ayurveda sendiri.

Pohon Chirayata, atau nama saintifiknya Swertia chirata merupakan kelompok pohon hiasan dari family Gentianaceae. Kajian yang dilakukan oleh sebuah badan penyelidikan barat, Gentian Research Network menunjukkan pohon ini terbukti mempunyai kesan perubatan seperti menaikkan selera makan, membantu batuk, antihelminth, mengubati anemia, demam dan gonorrhea. Malah ia diterimapakai dan tersenarai dalam US Pharmacopeia.

(Jensen, S. R. & J. Shripsema. 2002. Chemotaxonomy and pharmacology of Gentianaceae. Pp. 573- 632. In: L. Struwe & V. A. Albert, editors. Gentianaceae – systematics and natural history. Cambridge University Press, Cambridge.)

Anda ada tips tersendiri untuk merawat jerawat? Kongsikan di ruangan komen dibawah!

Kongsikan manfaatnya! :

  • Print
  • PDF
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS

Tagged as , , , , , , , , + Categorized as Blog, Islamix, Blog, Perubatan

7 Comments

  1. entry yg bes!

    [Reply]

  2. entry yg bgus..
    tp mne nk cri minyak zarirah tu?

    [Reply]

  3. salam .. encik, bagaimana pula dengan resdung.. adik saya sangat teruk resdung, hingga mengganggu prestasi akademik..rawatan pakar, homoepathy semua dah cuba..Belum dapat keizinan sembuh.. i really want to help her, feel guilty if she can’t do well in exams since i’m a teacher..

    Wsalam. Maaf kerana lewat memberi respons. Berkenaan resdung, saya tidak pula menjumpai secara spesifik dalam kitab tibb nabawii ini berkenaan resdung. yang paling dekat, saya rasa ianya termasuk dalam penyakit uzrah (tenggorok/tekak, telinga dan leher).

    Kebetulan pula saya sedang mengikuti rotation ENT (telinga hidung tekak) ketika ini, dan penyakit resdung ini juga dikenali sebagai sinusitis. Ianya terjadi apabila saluran sinus di muka tersumbat, lalu menyebabkan keradangan (inflammation) atau mungkin juga jangkitan (infection).

    selalunya, rawatan adalah dimulakan secara terapeutic. antibiotic, anti-inflammation adalah antara yang biasa diberi lah. jika rawatan terapeutic didapati tidak berkesan, barulah rawatan invasiv seperti puncture dan pembedahan dilakukan.

    Manakala menurut tibb nabawii pula, secara ringkas Rasulullah mengesyurkan rawatan bekam serta penggunaan herba “Qisth Laut”. Bekam, dari sudut perubtan

    [Reply]

  4. gud info..
    yup..tp di mane nk dptkan minyak zarirah tu..?
    harap dpt jwapan..tenkiu..

    Hmmm susah gak nak tahu. Sebab kebanyakan herba-herba turun temurun ni, ada namanya yang tersendiri. maksud saya, kalau tengok di arab dipanggil zarirah. di india, dipanggil chiyarata. so mungkin di malaysia juga ada, cuma dipanggil dengan nama lain pula.

    satu-satunya yang kekal dan common, adalah nama saintifiknya. Swertia chirata. maybe boleh tanya ahli botani la, kot2 tumbuhan ini sudah lama digunakan sejak turun temurun di negara kita. kalau takde lagi, maybe boleh wat research dan hasilkan our own brand of minyak zarirah. =)

    [Reply]


    zarirah says:

    saya sgt terkejut kerana nama saya adalah sempena nama minyak wangi di arab

    [Reply]

  5. nice prayer

    [Reply]

  6. bagus!!info menarik!!lihat web kami ye!!

    [Reply]

Leave a Reply